Tips Persediaan Pelindung Diri Bila Keluar Untuk ‘Stock’ Barang Keperluan Sehingga Balik Rumah

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan sehingga 31 Mac ini, ramai dalam kalangan rakyat kita yang sudah mula keluar dan membuat pembelian panik. Jadi, kerajaan hari ini telah menetapkan bahawa hanya seorang wakil bagi setiap rumah sahaja yang dibenarkan keluar untuk buat pembelian barang keperluan.

Oleh itu, amat penting untuk wakil rumah membuat persediaan rapi dari segi penjagaan kebersihan sepanjang berada di luar. Macam apa yang dikongsikan oleh lelaki ini, beliau membuat persediaan rapi dari keluar sehingga sampai di rumah supaya penularan wabak terhenti.

TIPS KELUAR RUMAH UNTUK STOCK-UP BARANG KEPERLUAN (IN RMO / MCO SITUATION)

Setelah abam membuat rundingan bersama Doktor Kesihatan Awam (Nadiatul Nadic) kat rumah ni, kami telah bersepakat yg salah sorg kena keluar harini untuk stock-up barang2 rumah especially food.. yerlah, takkan hari2 nak nasik goreng je ye dak?? So dalam keadaan sekarang ni, tak boleh lah nak main redah je.. strategi kne cun utk minimize risk terdedah pada virus Covid-19 ni

Alright, jom start:

1. Bismillah (or whatever prayer you believe in)

2. Jangan panik.. kalau panik, apa pon tak jadi

3. Decide sape yang nak keluar.. if possible, yang laki lah.. sbb nak angkut2 barang ni kena pakai strength lah sikit lagipun kalau bagi ppn takut kang 2-3 jam tak habih lagi.. elakkan keluar berpasangan and paling utama jangan bawak kids or warga tua.

PREPARE DENGAN BARANG-BARANG NI:

1. Face mask – ada yang cakap tak payah sebab virus ni bukan airborne.. tp malas ah nak amek risk, alang-alang dah ada pakai jelah

2. Gloves – pakai yang baru and disposable

3. Pakai pakaian bukan feveret.. sebab nanti kena terus basuh and kalau perlu, kena buang (tapi abam tak buang laa, baju beli Houston kot)

4. Shopping bag – untuk elakkan dari pakai trolley.. macam ni abam bawak 2.. 1 untuk barang kering and 1 untuk basah

5. Kalau korang ada lebih dari 1 kereta, pilih kereta yang korang rasa takkan pakai kalau tiba-tiba terpaksa bawak family keluar

SHOPPING MALL/SUPERMARKET

1. Pilih mall yang parking system dia tak payah tekan button untuk keluar tiket.. macam mall ni dia pakai QR code (fancy kan? Tp menyusahkan sebenarnye.. lol)

2. Park dekat level pasaraya tu.. ni untuk elakkan korang terpaksa naik lif

3. Seboleh mungkin elakkan pegang handrail ataupon pintu

Trolley:

Tadi ada shopping bag kan? Kalau takde, pakai jelah trolley ni tapi make sure korang sanitize dulu handle dia

Oh pastu nak membawang sikit hehe.. td ade laki bini ni pegi shopping.. yg bini lengkap gloves and mask.. yg laki rileks je seluar pendek siap.. pstu dia nk ambik trolley bini tak bagi.. tp sebab ego kot dia ambik jugak.. ni nak pesan.. virus ni tak kenal laki ke ppn ke kuat ke lemah ke.. dlm satu keluarga tu kena lah sama2 ambik berat pasal isu ni.. takde guna bini hang protected kalau hang terdedah.. balik rumah kang anak2 hang pulak berisiko.. k done bawang.

Paper checklist:

Untuk kurangkan penggunaan handphone masa shopping (sebab takut phone pulak kena), buat list barang-barang atas paper.. dah habis shopping nanti dispose terus list ni.. ni abam ambik gambar ni sebelum abam start pegang-pegang barang. Nak ambik barang pulak kalau boleh ambik yang belakang.. sebab yang depan ni mungkin orang dah belek.

PAYING AND LEAVING:

1. Paying – kalau boleh, bayar pakai Paywave ke, eWallet ke.. elakkan pakai cash.. card pon tak payah bagi cashier tu pegang.. tap sendiri..

Edited: lupa pulak nak highlight Social Distancing.. tp jangan lupa buat ok? All the time.. masa tengah shopping, masa nak bayar.. make sure jarakkan diri dengan org lain paling kurang 1m.. to add to this point, nak senang korang aim supermarket yang kurang orang

2. Leaving – dispose/buang checklist tadi and gloves. Cara-cara dispose gloves korang boleh google sendiri kot naa?? Takkan semua nak kena bagitauuu

Leaving (cont’d):

1. Lepas dah bukak gloves tadi, sanitize tangan and handle shopping bags tadi.

2. Simpan barang-barang tadi dalam boot.. kalau boleh jangan letak atas seat

CAR/TRANSPORTATION:

Sebelum keluar kereta ke motor ke bahkan lori sekalipun, sanitize dulu part-part kereta yang korang dah pegang macam – stereng, gear knob, aircond switch, signal stick, start/stop button, seatbelt and pemegang untuk bukak pintu tu (entah panggil apa entah)

GETTING INTO YOUR HOUSE:

 

Okay part ni penting.. JANGAN pegang or sentuh family korang okay?? Terus je bawak barang masuk and letak setempat.. mintak tolong bini bukakkan pintu rumah.. kalau takdak bini, hang bukak lah sendiri.. tapi pastu sanitize tombol tu

Letak barang-barang yang korang bawak and pegang tadi mcm jam tangan, wallet, kunci kereta and kunci rumah dalam satu bekas (termasuklah phone yang tgh pegang snap gambar ni).. yang ni semua korang kena sanitize jugak (nampak tak bnyk gila kena sanitize?? Sbb tu kalau tak perlu tak payah lah keluar ni.. tapi kalau terpaksa, kena lah berhati2 ok?)

CLEANING AND SANITIZE:

Okay, part ni kalau ade bini mintak tolong bini sanitize or bersihkan kan barang2 yang korang beli tadi.. make sure dia pon pakai gloves kalau boleh.. again, benda ni kena ada teamwork.. kita jaga kita. Pakaian korang tadi boleh masuk terus dalam baldi and rendam dengan sabun

Korang boleh lah terus mandi sambil bini korang bersihkan barang tadi (thanks Nadiatul Nadic!). Elakkan tekan suis dengan jari.. pakai lah siku ke bahu ke hidung ke.. mandi bersih2.. syampu rambut, sabun, cuci muka, semua lah takkan tu pon nak kena ajar? And….. Tu je.. pastu dah pakai baju bersih-bersig boleh lah korang nak gomol2 anak korang ke bini korang ke (eh?)

In summary, benda paling penting korang kena ingat is: cuba untuk minimize kan sebanyak mungkin direct contact dgn orang lain or surface apa2 je. Last sekali abam nak pesan, semua ni just tips semata2.. takdir semua ketentuan Tuhan.. bnykkan berdoa.. doakan abam and keluarga sekali ok?  Take care gaisss and selamat ber-lockdown!!

Sumber : Khairi Safwan Othman via SirapLimau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*