‘Tak Adil Jika 10% Artis Yang Hidup Mewah, 90% Lagi Tak Dapat Bantuan” – Zed Zaidi Seniman

Sumber Foto : Berita Harian

Kecoh di laman sosial apabila kenyataan Black dan Tomok menerima kecaman hebat netizen apabila mereka menyuarakan bahawa gologan selebriti juga sewajarnya mendapat bantuan khusus daripada pihak kerajaan.

Rata-rata netizen menyifatkan selebriti yang seharusnya menyalurkan bantuan dan bukannya meminta-minta kerana dengan pendapatan dan kehidupan mewah yang ditayangkan tidak sama sekali menggambarkan bahawa golongan mereka hidup susah. Malah, netizen juga turut berpendapat seharusnya kerajaan memberi fokus kepada golongan yang lebih memerlukan.

Ekoran daripada situasi ‘hangat’ ini, Remaja berkesempatan untuk bertanya sendiri pandangan daripada Presiden Seniman, Zed Zaidi tentang perbalahan yang berlaku di antara selebriti dan netizen berkenaan dengan isu ini.

“Sebenarnya tidak dinafikan selebriti mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial kerana apa sahaja yang mereka lakukan pasti mendapat perhatian ramai. Jadi dengan apa yang berlaku sekarang, Black dan Tomok hanya ingin menyuarakan untuk individu yang bergiat dalam industri seni. Mungkin penggunaan ‘artis’ tu silap. Jika dia menggunakan terma ‘penggiat seni’, saya rasa mungkin isu ini tidak diperbesarkan,”

“Industri seni bukan hanya merujuk kepada artis sahaja, malah jurusolek, pihak produksi dan pengurus mereka juga antara yang terlibat dan sudah tentu sekiranya tempoh PKP ini berlanjutan, ramai yang hilang punca pendapatan,” jelas Zed Zaidi.

Menyentuh soal kehidupan mewah selebriti yang diperkatakan oleh netizen, Zed Zaidi mempunyai penjelasannya sendiri.

“Saya tidak menafikan bahawa ada golongan artis yang agak senang sedikit. Tapi ia hanya 10 peratus saja. Merekalah yang sering keluar TV, hari-hari muka mereka. Lagi 90 peratus, kami juga seperti orang biasa yang mencari rezeki dan rasa terjejas apabila berlakunya tempoh PKP ini. Jadi tidak adil bagi 90 peratus selebriti yang lain tu kalau mereka tidak dibantu hanya kerana ramai yang menganggap artis hidup mewah,”

“Persatuan Seniman sendiri mempunyai inisiatif memberi bantuan kepada penggiat seni dengan menyalurkan sumbangan makanan seperti beras, minyak, gula. Namun, kami sendiri sudah kekurangan dana dan bakal membuat tabung untuk membantu penggiat seni,”

“Bagi artis yang berkemampuan pula, mereka juga boleh menyalurkan bantuan buat sesama rakan artis. Kita bantu kita. Datuk Rosyam Nor juga ada menyalurkan bantuan beras, Pengarah Jinggo juga turut sama memberi sumbangan seperti minyak masak. Malah, Johan Raja Lawak juga bakal menyumbangkan wang tunai bagi menjayakan misi bantuan ini. Semuanya untuk diberi kepada penggiat seni Malaysia yang terjejas akibat tempoh PKP,” jelas Zed Zaidi lagi.

Mungkin benar kehidupan mewah selebriti yang korang lihat di media sosial itu hanyalah segelintir sahaja. Masih ramai di kalangan mereka yang kehidupannya sama seperti kita. Di waktu getir seperti ini, janganlah kita menunding jari menyalahkan mana-mana pihak, seharusnya kita menjadi masyarakat yang lebih bersatu padu menghadapi situasi kronik seperti hari ini.

Diharap semuanya akan berakhir segera, dan sama-samalah kita berdoa yang terbaik buat seluruh rakyat Malaysia.

Sumber: REMAJA

8 Comments

  1. Laa…kalau kau tergolong dlm kelompok yg telah ditetapkan oleh kerajaan utk dapat bantuan tu….mohon jerlah …insyaAllah dapat….Tak perlu Ada bantuan khusus.,..Tak jadi isunya…

  2. Ape guna persatuan dorg sndr tubuhkn tu?. Jgn melampau la.. bantuan khas korg maksud kn ni mgkn nk dptkn lebih drp nilai 1.6k tu.. tp org lain bole je rasa ckup dgn nilai tu.. knp korg x bole rasa sama ckup mcm org lain?. Pe korg makan emas pe?

  3. Artis ke hapa, kalau dah mmg tak mmpu dan berdaftar sbg golongan B40 tentula dapat bantuan. Tak perlu ada bantuan ‘khas’ semata2 ‘artis’. It just a job, bukan keturunan ke hapa. Sama ja dgn pekerjaan lain mcm tukang rumah, cikgu, buruh, lawyer..

  4. Knp nk bezakn Artis Dan rakyat biasa..bukankah kite semua manusia biasa..bilamna mati pkai Kain putih ..kembali ke tanah gak…knp Artis tu mcm malaikat ke ? Nk bantuan khusus konon..bila diorg senang mewah..adakah mrk ingat rakyat yg kais pg mkn pg ni..#cermindirihiasiperibadi

  5. Assalamualaikum semua, kenapa lah perlu perbesarkan isu artis dapat ke tak dapat bantuan??? mereka juga manusia mereka juga rakyat malaysia, tak perlu lah kita nak iri hati kalau mereka dapat sebab kerajaan dah peruntukan untuk rakyat malaysia. mereka (artis) juga rakyat malaysia dan pada pandangan saya mereka juga berhak, sama juga dgn yang lain kat luar ni sebenarnya kalau nak ikutkan ramai yang hidup mewah tp dapat je bantuan dari kerajaan jadi kena lah perlu pertikaikan sampai macam ni sekali…kita semua rakyat malaysia sesiapa yang memohon dan kerajaan luluskan itu hak mereka lah itu rezeki mereka, cuba kalau kita ditempat mereka ada orang cuba menghalang kita dari mendapat bantuan apa kita rasa sedangkan kita amat2 memerlukan. buang lag sikap hasad dengki rezeki kita semua dari allah, allah dah aturkan semua mana yang baik dari allah mana yang baik dari kita umat yang lemah. sama2 lah kita perbaiki sikap dan amalkan tolong menolong lagi2 kita semua dilanda wabak yang meragut banyak nyawa ini. jauhi lah dari hasutan syaitan sama2 kita berdoa agar kita semua dilindungi dijauhi dari wabak covid19, kita semakin dekat dengan akhir zaman sama2 kita saling ingat mengingati sesama kita…

  6. Kalau artis x puashati….bnyk media sosial atau wartawan yg akan viral kn berita ini.Kami tadika swasta…lgi amat mmerlukn bntuan…pada sapa kami nk mgadu

  7. ARTIS
    Artis sekadar hiburan bila perlu jika kelapangan. Tidak ada kelebihan lain perlu di beri perhatian, sama macam aku, peniaga jalanan, orang singgah beli bila lapar,tiada kelebihan pun Selebihnya Artis adalah rakyat..aku pun rakyat, cuma pekerjaan dan title berbeza,cuma artis dikenali sebab pekerjaan nya.. Bukan keistimewaan nya.
    Sama seperti kita semua, tidak perlu membezakan diri Artis kerana perhatian negara adalah kebajikan rakyat. kebajikan kepada artis sahaja bukan keutamaan negara. Nikmati apa yang rakyat semua terima dan rasai apa yang rakyat hadapi, kamu BUKAN ISTIMEWA
    *aku tulis pandangan aku, nk kecam aku tak kisah pun

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*