Pendakwah Bebas & Pelakon PU Riz Disahkan Positif Covid-19

Pendakwah bebas terkenal iaitu Muhammad Haris Bin Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz disahkan positif Covid-19.

PU Riz positif Covid-19


Menerusi laporan Harian Metro, pendakwah bebas yang juga merupakan seorang pelakon itu mengalami demam panas sejak tiga hari yang lalu. Dia kemudian telah pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Tambahnya lagi pada keesokan harinya, dia menerima panggilan daripada pihak PPUM yang memaklumkan bahawa dirinya telah dijangkiti wabak maut itu.

Saya demam sejak tiga hari lalu. Jadi, semalam saya pergi buat pemeriksaan di PPUM. Apabila dihubungi tadi, hasil ujian saya positif Covid-19.

Menceritakan kisah  itu, PU Riz memberitahu bahawa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan, dia hanya duduk di rumah dan jika keluar sekalipun ianya bertujuan untuk membeli barang keperluan sahaja.

Cuma, rumah saya betul-betul berada di hadapan Masjid Jamek Seri Petaling. Saya juga kerap sembahyang di situ sebelum masjid itu ditutup akibat wabak .

Ditempatkan di PPUM

Sementara itu, PU Riz berkata reda dengan ujian dan ketentuan yang telah ditakdirkan untuknya itu. Tambahnya lagi, dia berharap agar orang ramai mendoakan supaya dirinya itu diberi kesembuhan dengan segera.

Saya reda dengan berita ini. Saya anggap ia adalah ujian Allah SWT. Kalau kita menjaga kesihatan sekali pun, tapi kalau Allah nak datangkan sakit juga, memang tak boleh elak.

Difahamkan, PU Riz akan ditempatkan di PPUM untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 

Sumber : ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*