“Mulanya saya bernazar” hijrah bertudung, Sharifah Shahirah buka cerita

Selebriti popular, Sharifah Shahirah berkongsi berita gembira di mana dia kini sudah mengenakan tudung sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurut Sharifah Shahirah, 46, atau mesra disapa Shiera, niat bertudung itu timbul apabila menyedari wabak Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia adalah dugaan Allah SWT.

 

Pada mulanya, Shiera bernazar jika wabak ini mempunyai penawar, dia akan mula bertudung.

“Ditambah pula apabila PKP dilaksanakan. Pada mulanya saya bernazar, jika wabak ini ada penawar saya nak pakai tudung. Terlalu banyak dugaan Allah berikan sekarang.

“Tapi, saya fikir semula kalau tak ada penawar, takkan saya tak pakai tudung. Jadi, saya bulatkan hati dan berniat untuk terus pakai.

Tambahnya lagi, sebelum PKP lagi Shiera sudah mengenakan tudung walaupun on-off.

“Lagipun, sebelum PKP saya memang pakai ‘on-off’ dan suka-suka saja. Sekarang, saya sudah pakai dengan betul. Tapi, saya tidak boleh terus menjadi sempurna. Saya masih dalam proses belajar dan memperbaiki diri,” katanya kepada Harian Metro.

Malah menurut Shiera yang juga penyampai radio Suria FM, keputusannya itu mendapat sokongan suami, anak-anak, ahli keluarga dan rakan.

“Suami tak cakap apa. Dia sentiasa menyokong saya. Walaupun ada ketika dia terlupa saya sudah bertudung. Macam anak perempuan pun, dia siap cakap nak pakai tudung juga.

“Begitu juga rakan-rakan yang sangat menyokong. Malah, ada siap bagi tudung. Azah pun siap tanya adakah betul saya sudah bertudung. Insya-Allah, saya tetap berkawan dengan semua orang.

Shiera juga menegaskan dirinya masih orang yang sama dan tetap akan menjadi diri sendiri.

“Saya masih Shiera yang sama dan saya tetap menjadi diri sendiri. Cuma, saya cuba untuk menjadi lebih lemah lembut. Kalau menjerit saya cepat-cepat beristighfar,” katanya.

Rata-rata para peminat menyambut baik hijrah yang dilakukan oleh Shiera tersebut dan mendoakannya agar kekal istiqamah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*