Mereka Yang Jalan Laju Hidup 15 Tahun Lebih Lama

Mesti anda pernah melihat orang berjalan dengan laju. Adakah anda mempunyai rakan atau kenalan yang suka berjalan kaki dengan cepat atau lebih laju daripada biasa? Mereka suka bergegas kemana sahaja mereka pergi. Orang jenis ini, tidak suka mumbuang banyak waktu.

Satu kajian dari penyelidik di Universiti Leicester menunjukkan, mereka yang berjalan kaki cepat mungkin hidup 15 tahun lebih lama tanpa mengira ketinggian atau berat badan mereka.

Analisa dijalankan ke atas 474,919 orang dengan purata umur 52 tahun di UK Biobank antara tahun 2006 dan 2016. Hasil analisa menunjukkan jangka hayat umur sehingga 72.4 tahun bagi wanita dan 64.8 tahun bagi lelaki jika mereka bergerak dengan lebih santai.

Menurut pakar, kelajuan berjalan boleh dijadikan satu cara bagi doktor menilai kesihatan umum pesakit mereka bersama-sama dengan ujian lain.

Malah, Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA) pernah menerbitkan satu kajian pada tahun 2011 oleh profesor perubatan geriatrik, tephanie Studenski dari Universiti Pittsburgh mendapati kelajuan berjalan adalah peramal jangka hayat yang boleh dipercayai.

Malah, Tom Yates, profesor kegiatan fizikal di Leicester juga pernah menerbitkan penemuan mengenai jangka hayat itu selama bertahun-tahun. Ini bermaksud dengan kelajuan berjalan dapat menilai tahap kesihatan seseorang itu. Orang yang sering dilhat berjalan dengan laju memiliki kesihatan yang paling ideal.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*