‘Memb4zir Betul’ – Netizen Terkil4n Pengusaha Sayur Di Kelantan Bu4ng 3 Lori Bersamaan 50 Tan Sayur Setiap Hari

Kalau sebelum ini, pemilik ladang di tanah tinggi Cameron Highland pernah melahirkan rasa terkilan apabila hasil tanaman mereka kini tidak peroleh hasil ekoran dari Perintah Kawalan Pergerakan.

Terbaru, pengusaha sayur di tanah tinggi Lojing, Gua Musang Kelantan pula mendakwa terpaksa membuang kira-kira 50 tan setiap hari hasil tanaman daripada 20,000 ekar kawasan pertanian berikutan tiada pembeli.

Pengusaha rugi

Menerusi buletin TV3, pengusaha sayur di Gua Musang terpaksa membuang hampir 50 tan kerana ketiadaan peraih mahu membeli kerana musim ‘Perintah Kawalan Pergerakan’. Menurut pengusaha sayur, mereka terpaksa menggunakan 3 lori untuk membuang sayur.

Orang tak keluar bandar atau pergi pasar pagi kerana koronovirus. Saya tak boleh jual, banyak rakyat tak boleh keluar.

Dakwa mereka lagi, permintaan lebih sukar apabila terdapat lebih banyak sayur diimport menyebabkan hasil tanaman tempatan tidak mendapat sambutan di pasaran. Mereka turut meminta agar pihak kerajaan melakukan sesuatu bagi membantu golongan mereka.

Respon netizen

 

Sumber : buletin TV3 via OhBulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*