M0hon maaf, tiada niat mȅnghȋƞȁ golongan setinggan – “Kenyataan saya disȁlah tafsir, berhenti tambah ƉƟЅa!” – Syifa Melvin

BELUM lagi reda kontroversi hubungan cinta dengan bintang muda skuad Johor Darul Takzim (JDT) Safawi Rasid, pelakon Syifa Melvin kini dikecam memperlekehkan golongan kurang berkemampuan.

Enggan memanjangkan isu, Syifa, 26, memohon maaf atas salah faham yang berlaku disebabkan kenyataannya mengenai penduduk rumah setinggan dan penghuni Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT).

Pemilik nama Nur Syifa Athirah Amirol Melvin ini mengakui kesilapannya namun dia tidak mempunyai niat untuk menghina mana-mana pihak.

“Sejujurnya saya bukan nak menghina sesiapa yang duduk di rumah setinggan atau PPRT. Tidak sama sekali dan jauh di hati saya nak menghina.

“Tapi bila orang dah salah faham, saya perlu bertanggungjawab. Saya minta maaf atas salah faham yang berlaku. Saya tidak ada niat nak berkata begitu.

“Apa yang saya maksudkan adalah mengenai jenis kain dan warna turban itu yang nampak mahal. Di mana saja anda pakai turban itu akan memberikan keyakinan diri.

“Itu sebenarnya maksud saya. Tetapi kenyataan itu disalah tafsir segelintir pihak. Apa-apa pun, saya akui ia tetap salah saya,” katanya kepada mStar.

Saya minta tolong kepada semua pihak jangan membuat spekulasi sendiri dengan penulisan anda yang tidak betul.

Syifa diminta mengulas mengenai video yang mengatakan penampilan seseorang individu akan nampak mahal apabila memakai turban seperti yang digayakannya walaupun tinggal di rumah setinggan dan PPRT.

Video yang memperlihatkan dia bersama seorang jurusolek sedang membuat tutorial memakai turban mengundang kecaman netizen di laman sosial.

https://www.facebook.com/kakidowntown/videos/2355500551407882/

Rata-rata netizen berang dengan kenyataan adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu yang dianggap seakan-akan menghina golongan bawahan.

Malah, personaliti TV3 iaitu Ahmad Fedtri Yahya turut memberi pendapat ramai penduduk rumah setinggan mempunyai pendidikan tinggi dan kemewahan tidak menjaminkan kemuliaan daripada Allah.

Dalam pada itu, Syifa berharap tidak ada mana-mana pihak cuba mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya minta tolong kepada semua pihak jangan membuat spekulasi sendiri dengan penulisan anda yang tidak betul.

“Nanti hanya menambahkan dosa netizen yang hanya membaca dan menilai daripada penulisan itu sedangkan saya tidak bermaksud sebegitu.

“Bila anda tulis cerita tak betul, anda yang menambah dosa sendiri dan orang lain juga,” ujarnya.

Sumber: MStar

Image result for syifa melvin

Punca persembahan Safawi merudum.

Namun wanita berusia 26 tahun itu telah menafikan mempunyai kaitan dengan persembahan hambar Safawi di atas padang, walaupun khabar angin mengatakan dia mendesak pemain kebangsaan Malaysia itu untuk berkahwin tahun ini.

Belum selesai isu dengan atlet berusia 23 tahun itu, nama Syifa Melvin tular lagi selepas satu video tutorial tudungnya tersebar di Twitter.

RESPOND NETIZEN

“At least diorang pakai tudung lebih helok dari kau…”

Annotation 2020-03-06 021632

“Kaya terus bongkak…”

Annotation 2020-03-06 021655

Annotation 2020-03-06 021931

“SANGAT KURANG AJAR DAN TAKDE ADAB…”

Annotation 2020-03-06 022146

“rosyam noor tu asal setinggan tau…”

Annotation 2020-03-06 022218

“kalau pakai gaya buruk nmpk murahan jugak…”

Annotation 2020-03-06 022319

“Dulu pun ampa miskin…”

Annotation 2020-03-06 022718

Sumber: Twitter

Kredit: Himpunan Cerita Lawak & petuadanresepibonda

‘Mewah belum tentu dimuliakan’ –  Fedtri Yahya sindir Syifa Melvin

Image result for syifa melvin hina pprt

“Kalau korang pakai ini, korang akan automatik nampak mahal walaupun duduk rumah setinggan, rumah PPRT,” katanya sambil menahan ketawa.

Kenyataan Syifa itu menerima kecaman daripada netizen termasuklah pengacara popular, Ahmad Fedtri Yahya.

Ahmad Fedtri mengakui penghuni rumah setinggan juga mampu berjaya seperti orang lain malah ada yang turut berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading.

“Ramai je penghuni setinggan dapat pendidikan tinggi sampai PhD, bina hidup dengan kudrat dan semangat luar biasa. Mewah belum tentu dimuliakan Tuhan, miskin belum tentu dihinakan,” katanya.

Sumber: Cempedak Cheese

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*