Kena Sumpahan Dapur, Koleksi Resepi Tak Jadi Wanita Ini Buat Netizen Berdekah

Selama hampir sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, pasti banyak resepi dan menu viral yang telah dicuba. Antara yang menjadi perhatian adalah Dolgana Coffee ala Korea yang menjadi kegilaan ramai orang.

Dalam keghairahan mencuba, jangan lupa jadi seperti kisah lucu yang dikongsikan pengguna Facebook, Mikka Medina ini. Mana tidaknya, kek yang sepatutnya gebu menjadi leper, plastik pengukus pula tiba-tiba mencair di dalam periuk. Lawak sungguh!

Ini sebab tak kongsi resepi

Sebenarnya daripada dulu lagi i suka buat hal. Jangan tanya kenapa i tak suka ajar orang masak or share resepi atau buat tuto. Aku try hard dekat dapur. Lakiku je yang tau. Terseksa jiwa dia. Jangan pertikaikan kenapa aku asyik beli barang letrik.

Tontonilah kisah seram yinni.

#akuhampirsyahiddidapur
#ineedfullsuitofPPEatkitchen

Kek meleper

Rumah hampir terbakar

Sebenarnya time ni aku nak masak char kuey teow. Aku cuma bukak api besar-besar macam kedai char kuey teow dekat penang masak tung tang2 tu. Aku tak sangka ianya menyambar penapis asap kat atas tu lalu dia menyambar kuali ku. Rambut ku, tanganku. Serta langsir ku. Disebabkan aku tak pasal-pasal para isteri diwajibkan pergi ceramah bomba cara menggunakan extinguisher.

Kena sumpahan dapur

After this post viral. Ramai tanya betul ke berlaku. Nah la belanja korang bukti acuan tu memang betul-betul mencair. Sebab ramai habaq takkan la teruk naw acuan tu mencair orang lain wat helok je. Wut to do. Kena sumpahan dapur sis.

Kredit : ohbulan

Sumber : Mikka Medinna

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*