“Kalau Artis Takde, Buka TV Tengok Berita Jelah 24Jam, Rancangan TV Langsung Takde” – Khai Mohon Maaf

Susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hangat diperkatakan apabila ada segelintir artis meluahkan pendapat mengenai penggiat seni terjejas apabila terpaksa menghentikan segala aktiviti mereka.

Bagaimanapun, kenyataan itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang berpendapat ramai artis menunjuk kemewahan tetapi boleh pula mahu meminta bantuan daripada kerajaan. Tidak kurang juga ada yang bertanyakan apakah sumbangan artis untuk mendapat bantuan.

Isu hangat tersebut turut mendapat perhatian bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama, Khai dan Rosma yang mengatakan artis juga perlu diberi bantuan kerana mereka menghiburkan rakyat Malaysia.

Kata mereka lagi, jika tiada para artis tiada langsung rancangan hiburan dan yang hanya ada hanyalah berita 24 jam. Malah, tanpa artis tiada lagu raya berkumandang ketika hari raya. Khai dan Rosma turut meluahkan rasa kesal apabila semua pihak melupakan para artis apabila mereka memerlukan.

Terdahulu, Black Hanifah dan Tomok menjadi mangsa kecaman netizen yang mempertikaikan tindakan mereka meminta kerajaan agar tidak melupakan golongan penggiat seni.

Bagaimanapun, Black menjelaskan kenyataannya bukan untuk dirinya tetapi disuarakan bagi mewakili penggiat seni lein khususnya di belakang tabir dan artis veteran.

Sumber : KuLihatLangitBiru

Namun Khai Telah Menuat Tarik Permohonan Maaf Beliau Di Instagram & di Twitter

Rosma Dan Khai AF Kini Buka CoffeeRich Cafe, info, terkini, hiburan, sensasi, Rosma dan Khai

Harap Semuanya Diselesaikan Dengan Tenang. InsyaAllah

https://www.instagram.com/p/B-VqzOYH3_F/?igshid=1kaqfg1606b92

Sumber: Instagram

https://www.instagram.com/p/B-TBcqNHglQ/?igshid=b3fkenrdngce

Akhirnya Tidak Bersetuju Juga..


Terima Kasih

Sumber : IG & Twitter

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*