Bersegera Memohon Maaf Amalan Yang Mulia

Memohon maaf adalah suatu perkara yang baik dan bagus untuk di amalkan. Kita hendaklah sentiasa meminta maaf untuk sesuatu perkara yang tersilap buat atau tersalah laku. Akibat dari perbuatan itu, harus memohon maaf atas kesilapan yang kita buat.

Apabila kita dilukai, dihina, difitnah atau berhadapan dengan ketidakadilan, kita mempunyai dua pilihan untuk berhadapan dengan perasaan tersebut memaafkan dan melupakannya atau membenci dan berdendam.

Kedua-dua keputusan ini amat sukar dilakukan. Implikasi atas kedua-duanya benar-benar bertentangan. Kemarahan dan dendam kesumat akan meracuni jiwa kita. Jiwa menjadi pedih, geram, tertekan dan dihimpit dengan pelbagai perasaan amarah yang membuak-buak. Mereka seolah-olah menyimpan bom jangka dalam diri yang boleh meletup bila-bila masa sahaja.

Bayangkan jika kemarahan itu telah mencapai kemuncaknya, mungkin mereka akan melakukan tindakan yang tidak terkawal lagi seperti bertengkar, membunuh atau mencederakan orang lain tanpa mengira implikasinya. Mungkin juga mengambil tindakan pasif seperti berdiam diri, merajuk, bermasam muka, tidak bertegur dan seumpamanya.

1. Berilah Kemaafan


Foto: entrepreneurcamp.id

Menahan diri daripada marah dan boleh memberi maaf merupakan suatu sifat yang terpuji lagi mulia. Walaupun orang yang melakukan kesalahan tidak meminta maaf daripada kita, alangkah eloknya jika kita memaafkannya terlebih dulu.

Ramai orang berfikir jika memberi maaf kepada seseorang bererti kita menerima dan bersetuju dengan perlakuan tidak adil yang dilakukannya terhadap diri kita. Sebenarnya tindakan memberi kemaafan bukan tanda kelemahan hati kita, tetapi sudah cukup untuk menggambarkan betapa kentalnya iman dan takwa.

Manakala orang yang berani meminta maaf bererti memiliki jiwa besar, percaya kepada diri sendiri dan sekali gus merupakan keutamaan dan kelembutan hati yang dicintai Allah dan disukai para hambaNya.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”

(Surah al-Syura 42: 43)

2. Hikmah Kemaafan


Foto: kawaiibeautyjapan.com

Orang yang mampu memelihara kemarahan dan bersabar dengan segala perbuatan buruk orang lain terhadap dirinya akan mendapat ganjaran istimewa daripada Allah sepertimana firmanNya yang bermaksud:

“Dan balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang setimpal. Tetapi, sesiapa yang memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang berbuat jahat) maka pahalanya daripada Allah. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang yang zalim.”

(Surah al-Syura 42: 40)

Memberi maaf sebenarnya tindakan bijak yang dilakukan untuk diri kita sendiri. Ia memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama manfaat kesihatan dan kesejahteraan. Kita telah membebaskan diri daripada bebanan perasaan yang menghalang untuk bertindak secara positif.

Baca Juga Terbongkar Milik Siapa Laptop yang Dikatakan Dicuri oleh Arwah
Orang yang bersifat pemaaf selalu berada dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan. Hanya orang yang kuat yang mampu memaafkan orang lain mahupun diri sendiri.

Bak kata Mahatma Gandhi:

“Orang lemah tidak memberi maaf. Sifat pemaaf adalah daripada orang yang kuat.”

Mahatma Gandhi

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*