Bergambar Kenangan Sebelum Wad Ditutup, Terlihat Penuh Kegembiraan Pada Wajah Mereka

Barisan hadapan negara kita terutama setiap petugas perubatan pasti menarik nafas lega apabila mengetahui bilangan psakit Covid-19 yang disahkan pulih semakin meningkat dari hari ke hari.

Namun kejayaan itu tidak akan berhasil sekiranya tanpa kerjasama antara pasukan yang sentiasa bertungkus lumus mengorbankan masa serta tenaga ketika merawat peskit.

Mungkin itu dirasai seorang petugas barisan hadapan, Nor Farahana dimana beliau sempat merakam gambar bersama rakan setugas untuk dijadikan sebagai kenangan setelah wad yang menempatkan psakit sebelum ini akan ditutup.

“Tepek kenangan sini. Boleh ‘throwback’ lepas ni. Tutup dah wad. Biu biu sepmung,” tulisnya dalam loghat Terengganu.

Menerusi gambar yang dikongsi, jelas terpancar kegembiraan di setiap wajah mereka selepas melalui pelbagai rintangan dan kerenah psakit sepanjang berminggu-minggu dirawat di hospital.

Posting berkenaan dipenuhi komen positif rakan dan kenalannya yang mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan cemerlang semua petugas hadapan.

Terima kasih semua!

“Tutup dah sebab kes dah kurang”

Tahniah semua hero kami

Syukur Ya Allah!

BorakDaily/Nor Farahana via SambalTumis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*