B3r4ng Buat H4L Masa Rakam Video, Usahawan Kosmetik Terkenal Disy4ki Pukuu| Anak Angkat

Seorang usahawan kosmetik terkenal didakwa telah bertindak kasar dengan memukul anak angkatnya. Menerusi satu laporan polis yang viral di media sosial ketika ini, usahawan kosmetik itu dikatakan berang anak angkatnya ‘buat hal’ menangis ketika sesi rakaman video.

Kena pukul dengan kasut

 

Kejadian tersebut dikatakan telah berlaku di kediaman usahawan kosmetik tersebut yang terletak di Kota Damansara sebelum pembantu rumahnya yang juga merupakan saksi kejadian membuat laporan polis. Menerusi laporan polis yang dibuat, saksi memberitahu bahawa usahawan itu telah bertindak mengangkat tangan kepada anak angkatnya hanya kerana ingin merakam video yang menunjukkan gelagat kanak-kanak itu menangis.

Usahawan tersebut kemudian telah meminta pembantu rumah berkenaan untuk membawa kanak-kanak itu ke dalam sebuah bilik kasut sebelum mengarahkannya untuk memukul mangsa. Akan tetapi, pembantu rumah ini mengakui bahawa dia tidak berani dan enggan menuruti arahan usahawan itu untuk mengangkat tangan serta memukul mangsa kerana risau kanak-kanak itu akan tercedera.

Bibik buat laporan polis

 

Menceritakan kisah itu, pembantu rumah ini memberitahu bahawa usahawan kosmetik dengan sendirinya telah memukul mangsa menggunakan kasut dan telah mencubit badan mangsa sehingga meninggalkan kesan lebam. Sementara itu, pembantu rumah ini mengatakan bahawa tujuan dia membuat laporan polis adalah untuk melindungi dirinya daripada difitnah dan dituduh kerana memukul mangsa.

Susulan itu, Harian Metro turut melaporkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Kami sudah merakam keterangan daripada semua saksi termasuk suspek. Kertas siasatan berhubung kejadian itu dijangka siap dalam minggu ini. Ia akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Facebook, Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*