Akan Dibawa Masuk Secepat Mungkin, KKM Sahkan Sudah Ada Ubat Untuk Rawatan COVlD-19

NPRA akan menyediakan laluan ‘expedited review’ untuk membawa masuk produk kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin.

Itu kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang mengesahkan ubat ‘Klorokuin’, ‘Hidroksiklorokuin’ dan kombinasi ‘Lopinavir dan Ritonavir’ adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dad4h (PBKD) dan boleh digunakan untuk raw4tan COVlD-l9.

Beliau berkata semakan pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati tiga jenis ubat itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dad4h.

” Bekalan ubat-ubatan yang memerlukan pengimportan seperti Favipiravir dan Remdesivir akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan raw4tan COVlD-l9.

Bagi ubat kajian Remdesivir, Malaysia dipilih Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk terbabit dalam kajian klinikal ‘Multicenter Adaptive Solidarity trial COVlD-l9’ yang mana ubat kajian itu akan digunakan.

” Bagi ubat Favipiravir, KKM sedang mendapatkan ubat berkenaan daripada pembekal,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Noor Hisham juga menjelaskan bekalan ubat-ubatan yang perlu diimport seperti Favipiravir dan Remdesivir (ubat antiviral) akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan raw4tan COVlD-l9.

” NPRA akan bawa masuk produk kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin manakala bagi ubat Favipiravir, KKM sedang berusaha mendapatkan ubat tersebut daripada pembekal,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau malam tadi.

Menurutnya, dalam situasi pandemik COVlD-l9, sekiranya bekalan daripada pihak pemegang pendaftaran sedia ada untuk ubat-ubatan tidak mencukupi, KKM masih boleh mendapatkan bekalan alternatif daripada produk yang tidak berdaftar dengan menggunakan pengecualian peruntukan undang-undang kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan KKM.

KKM akan menjalankan pemantauan secara berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan serta keberkesanan ubat-ubatan adalah terjamin demi kepentingan pesak1t, katanya.

Pertimbang guna ubat dari Jepun dan China

Sementara Rabu lalu KKM telah mempertimbangkan untuk menggunakan ubat Avigan dan Fukaikan untuk mer4wat pesak1t jangk1tan koronavirus baharu (COVlD-l9).

Noor Hisham memberitahu, ubat Avigan keluaran Jepun dan Fukaikan dari China ketika ini tidak didaftarkan di Malaysia dan penggunaannya memerlukan kajian kerana ada kesan sampingan.

” Ubat berkenaan tidak didaftarkan di Malaysia tetapi kita akan mempertimbangkan untuk meluluskan melalui (beliau sebagai) Ketua Pengarah Kesihatan.

” Bagaimanapun, (penggunaan) ubat berkenaan perlu kajian kerana ia mempunyai kesan sampingan,” katanya ketika sidang media di Putrajaya, pada Rabu.

Avigan dan Fukaikan, adalah ubat yang sama. Avigan dibangunkan syarikat kumpulan Fujifilm Holdings berpangkalan di Jepun yang dilihat berkesan mer4wat pesak1t COVlD-l9.

Beijing mula mengesyorkan ubat berkenaan yang dijual di bawah jenama Avigan.

Kredit : malaysiaunited.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*