Akak Ni Order Barang Dapur Kat Runner Lepas Tu Lari Tak Nak Bayar, Dise|ar Wargamaya

Semenjak PKP berlangsung, kebanyakan rakyat dilihat terjejas pendapatan kewangan mereka. Malah, ada yang terus terputus punca rezeki sehingga terpaksa mengharapkan ihsan serta bantuan yang dihulurkan.

Tetapi bagi sebilangan anak muda, ramai juga yang tidak berputus asa dan bijak mengambil peluang di musim PKP ini untuk menjalankan aktiviti penghantar barang atau personal shopper aka runner.

Bagi seorang pemuda yang dikenali sebagai Hairul Nizam yang menjalankan perkhidmatan runner, beliau ada berkongsikan sedikit kisah peritnya apabila dikatakan telah ditipv bulat-bulat oleh pelanggan yang menggunakan khidmatnya sehingga menjadi perkongsian di media sosial.

Gambar atas dan bawah : Perbualan Hairul Nizam dengan pelanggannya.

Assalamualaikum, Ada cerita nak dikongsikan sikit, apepun salah sendiri sebab terlampau mempercayai seseorg dan diambil kesempatan di bulan mulia nie. ALLAH, saya tak de la nak aibkan siapa2. Cuma amek pengajaran dan iktibar ape yg terjadi.

First skali, sy pernah update kt group nie mengenai sy ada buat runner untuk sesiapa yg memerlukan. Sebab PKP kan, so niat cuma nak membantu dan memudahkan urusan orang lain. Terima kasih, alhamdulillah rezeki itu luas.

Ramai yg gune khidmat sy dlm group nie, sepanjang dekat sebulan lepas sy post kt sini. Ada la 30-40 org yg dah sy bantu, dan ada yg repeat gune khidmat sy. Sy hargai dan terima kasih sgt2. Saya suke dengan kerja sy nie dan sy puas dpt tlg org, soal upah sy xkesah pun dan xpernah meminta. Seronok bila tlg org, rasa puas walau pun penat, alhamdulillah.

Cuma ape yg terjadi hari nie ,sy terkilan dan sedih la sikit. Soal duit tu tak kesah, boleh dicari. Tapi jgn la sampai menipu, sape yg pernah berurusan ngan sy tu tahu la sy mcm mana. Mmg bole ambil kesempatan juga, tpi manusia kan. Xsangke la dibulan mulia nie, ada yg tak jujur.

Apepun silap sy sendiri, hehehe. Cuma nak pesan pada runner or seller yg lain lepas nie, kalau bole deal la betol2. Jgn la jadi mcm sy, sy pun amek pengajaran ape yg jadi.

Allah byk pulak membebel nyee, ahahah. Akhir kata dari sy, untuk customer yg tipu sy. Sy tahu dia ada dlm group nie, sbb dia dpt pun mesti dri post sy yg sblom nie.

Untuk akak yg tanpa nama tu, sy HALAL kan penat dan duit sy tu untuk akak sekeluarga, sebab makanan kan. Sy harap akak berubah, kot kalau xcukup duit, jgn la buat mcm nie.

Insan yg teraniaya kalau dia xmemaafkan. Penat akak nak mencari dia nanti. Oh ya, tq pada yg dah guna khidmat sy sebelom nie. Mintak halal terlebih or terkurang ye semua, selamat berpuasa dan selamat hari rayaa. Walau pun xmeriah raya tahun nie, AHAHHA. ok sekian”, tulis Hairul Nizam di laman fbnya.

Walaupun sekadar ingin berkongsi pengalaman dan telah memaafkan pelakuan wanita tersebut, rata-rata netizen yang membaca kisahnya telah memberi komen yang mengecam wanita tersebut.

“tk pe.esok lusa yg menipu tu pasti mendapat balasan dari allah..sekelip mata allah akan tarik rezeki dia..kat dunia je dia senang ..tunggu kat akhirat nanti..siap merangkak lagi dia cari org yg telah dia anaiya..itu dah kira berhutng. bila dia tak bayar hutng…roh dia akan tergantung. wallahualam”, kata Theyound Phaz.

“Xberkat rezeki yg kakak nie.makan sekeluarga.. kenpaa meati menipv..klu x ada brg nak makan..bnyk bantuan dr ngo2 n individu yg post kat fb nie..cuba minta bantuan cara baik”, tambah Maz Nazri pula.

Orang ramai yang terdesak untuk meneruskan hidup di musim PKP ini dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak yang berkaitan untuk mendapatkan bantuan dan bukannya mengenakan mereka yang juga bukan dari golongan yang senang juga.

Sumber : FB

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*