“Air Mataku Mengalir Mengiringi Doa” – Mimpi Suami, Isteri Arwah Abam Akui Sepi

Isteri kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28, akui hatinya kini sepi dan mendedahkan suaminya muncul dalam mimpi.

Tidak dapat menahan sebak, Nurhidayah memberitahu air matanya mengalir sebaik sahaja tersedar dari mimpi itu.

“Buat Allahyarham suamiku, saat ini aku merindukanmu. Sejak pemergianmu hatiku terasa sepi dan hanya bayanganmu yang selalu hadir dalam ingatanku.

“Suamiku, semalam abang muncul dalam mimpi sayang, rindu tawamu tapi sayang sedar abang telah tiada.

“Airmataku mengalir mengiringi doa, semoga abang tenang disana. Cinta syurga suamiku Syed Umar Mokhtar Al-fatihah,” katanya.

Nurhidayah meluahkan rasa sebak itu di akaun Instagram milik suaminya.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik rakaman video ketika bersama arwah.

Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang terus memberikan semangat kepadanya.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akibat demam panas.

https://www.instagram.com/p/CBTJEfMgkjH/?utm_source=ig_web_copy_link

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*