5 Tragedi Lemas Yang Bukan Disebabkan Air, No.2 Paling Dasyat

Mungkin pengalaman masa lalu sukar untuk kita lupakan. Ia mungkin menjadi sejarah hitam dalam kehidupan. Pernah atau tidak anda mempunyai sejarah silam dengan kejadian lemas?  mungkin ada jawapan ya atau tidak, terpulang.

Acap kali kita dengar peristiwa lemas ini melibatkan air tidak hairanlah berlaku di laut, singai mahupun kolam renang. Jika ada sesuatu cecair yang masuk dalam rongga penafasan manusia ia akan mengakibatkan kematian.

Perkongsian yang akan SK sajikan ini sangat menarik. Walaupun kejadian-kejadian belum pernah kita tahu ianya berlaku, namun inilah realiti kehidupan dimana seseorang yang menemu ajal akibat lemas tetapi bukan disebabkan air.

1. Lemas dalam minyak masak

Pada tahun 2001 lalu, seorang lelaki yang yang bekerja di sebuah kilang minyak di Frito-Lay di Lubbock, Texas selama 6 tahun akhirnya meninggal dunia semasa melakukan pembaikan di atas bumbung sebuah tangki setinggi 4.5 meter yang dipenuhi dengan minyak masak.

Menurut pasukan paramedik, lelaki tersebut terhantuk pada pada dindin tangki menyebabkan tiada tindak balas ketika hendak menyelamatnya dan lemas dalam minyak masak.

2. Lemas dalam tangki coklat

Kejadian yang berlaku pada tahun 2002 ini telah menyebabkan seorang pekerja kilang pembuatan coklat yang terletak di Haftfield, Pennsylvania maut kerana tenggelam dalam tangki coklat.

Tangki tersebut mengandungi lebih 4 500 liter cecair coklat. Platform yang digunakan adaalh untuk mencampurkan ramuan ke dalam tangki tersebut dan pekerja tersebut dipercayai tergelincir jatuh ke dalam tangki tersebut.

Selepas beberapa hari, baru rakan sekerjanya menyedari kehilangan pekerja remaja terbabit dan dijumpai di dalam tangki terbabit. namun, ini bukanlah kes pertama dan terakhir, pada tahun 2009 juga pernah berlaku peristiwa yang sama terjadi di New Jersey.

3. Lemas dalam tangki cat

Pada Ogos tahun 2000, sebuah tangki besar yang mengandungi cat kenderaan berjenama sering saja berlaku masalah bocor yang agak kerap sehingga menyebabkan salah seorang pekerja di situ cuba untuk menhentikan tumpahan tersebut.

Bagaimanpun, akibat daripada itu, pekerja tersebut tergelincir jatuh semasa ingin menutup tangki yang bocor tersebut. Justeru, syarikat gergasi tersebut telah bertanggungjawab atas kematian pekerjanya akibat lemas oleh cat kenderaan tersebut.

4. Tenggelam dalam asid sulfurik

Pekerja muda seusia 18 tahun maut ketika melakukan kerja di sebuah kilang asid sulfurik di California. Namun, kemalangan ini sangat misteri dan masih tidak terjawab dengan kemalangan tersebut.

Mengikut apa yang jurucakap kilang tersebut, berkemunkinan remaja tersebut tidak memakai sebarang perlindungan ketika melakukan kerja dengan bahan kimia.

Pihak berkuasa percaya bahawa asap yang mengsndungi toksik tersebut menyebabkan remaja tersebut tidak sedarkan diri sehingga terjatuh dan lemas dalam tangki asid sulfurik tersebut.

5. Jatuh lubang tandas

Paling menyedihkan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang baharu saja masuk ke alam sekolah, maut akibat terjatuh ke dalam lubang najis dan dijumpai mayatnya terapung di tangki najis.

Pada masa kejadian, guru mangsa menyedari kanak-kanak ini hilang sejak dua jam lalu dan menelefon ibunya untuk memberitahu mereka sedang gat mencari anaknya itu.

Firasat ibu tidak pernah salah, ibunya memandang ke arah tangki najis dan pihak bomba menarik badan mangsa dengan segera. Sekolah tersebut diminta untuk menutup tandas tersebut dengan segera.

Sumber: Iluminasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*